Latar Belakang Sekolah

          Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik telah membuka lembaran sebagai sebuah sekolah baru pada 1 Januari 2001.

          Di awal pendaftaran pertama, seramai 11 orang tenaga pengajar dengan seorang guru besar telah ditempatkan di sekolah ini. 227 orang murid telah mendaftarkan diri pada hari pertama pendaftaran. Bilangan ini meningkat sehingga 298 pada tahun 2002 dan kini seramai 400 orang murid pada 2005 dengan tenaga pengajar seramai 27 orang termasuk seorang guru besar.

         Di awal permulaan sekolah dibuka, hanya 6 buah kelas di mana hanya satu kelas di setiap aliran. Berbanding kini, peningkatan sehingga 12 kelas di mana setiap aliran dua kelas.
Pembaharuan juga dapat dilihat dengan adanya Pendidikan Pra sekolah yang telah beroperasi mulai 1 Januari 2003.

         Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik terletak di Jalan Bukit Kempas Utama, Taman Bukit Kempas. Sekolah ini berhampiran dengan Lebuhraya Skudai dan Lebuhraya Utara Selatan. Sekolah ini berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kempas untuk sekolah rendah manakala sekolah menengah yang terhampir adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Impian Emas.



1 comment: